Wednesday 3 February 2016

Edgenta mediserve Cycling team HPP : from penang to satun (siri 2)...

hari kedua aktiviti edgenat cycling team...
selepas sarapan pagi...
 



berkayuh untuk berkayak



abang long kawasan baru

bersedia utk berkayuh

berkayak dan berakit.
perjalanan menempuh pelbagai halangan

bermula diair yang tenang, kemudian mula merempuh kawasan air yang deras.
kejutan oleh kumpulan monyet yang bertempiaran lari kerana takut dengan kehadiran peserta berkayak menempuh jeram dan air terjun.

kayakan menjadi lintang pukang di air yang deras.

kayak terguling

balik naik kereta.
 
selelesai berkayak, makan tengahari.
berkayuh balik ke sempadan dan pulang ke pulau pinang.
 
Alhamdulillah, semua berjalan lancer dan di permudahkan Allah.

Edgenta mediserve Cycling team HPP : Satun activity ...

30 & 31 Jan 2016.
 
kayuhan dan riadah di Ban Khuan, Satun Thailand.
13 orang staf edgenta terlibat.
rosman,aris,zaidi,fadzil,herman,rozaimi,hasminudin,faiz, hairudin,sofie, yaakob,syarifah,hafiz
 

12 buah basikal dibawa dengan kereta ke wang kelian drp pulau pinang.
bermula kayuhan dari situ ke sempadan Malaysia-Thailand.

selesai urusan cop passport.
mulakan kayuhan sejauh 30km sehingga tiba di Ban Khuan dan terus check in.

sebelah petang menyertai acara sukan kampong dan bermesra dengan penduduk setempat.
sambutan yang sangat meriah.

malam disajikan dengan BBQ dinner dan dihiburkan dengan percikan cahaya bunga api.

bersiar-siar

kayuahn secara solo.

ni kayuahn solo namanya...

Tuesday 2 February 2016

dewan bedah 5 bintang ...

 
upgrading pintu masuk

kembali berkilat

dewan bedah kembali ceria ...



tips edgenta : Projek Mengemas Wayar


 
Wayar berserabut sudah pasti membuatkan hati sesiapa yang melihatnya menjadi tak tenang.
Kalau ada yang tenang jiwanya melihat wayar berserabut tu, 
kotlah tengok terus dapat ilham mencurah-curah, saya respek la kat korang beb!
 
Ada masa terluang minggu lepas, 
saya manafaatkan untuk mengemas wayar.
 
Oh..sebenarnya saya bukanlah pencetus idea 
untuk mengemas wayar seperti  apa yang akan saya dedahkan sekejap lagi..
saya mendapat inspirasi daripada blogger yang turut menjadi sumber inspirasi saya.  
Google sahaja..baaanyyaakk dah mereka buat, saya cuma follow jer. 
Tapi ada lah sedikit sebanyak perubahan yang saya buat mengikut kesesuaian.
 
Jemput tengok wayar serabut saya. J
 Amacam..sakit hati tak tengok?..he..he
 
Memang pening  kalau ada desktop computer ni. Banyak sangat sambungannya. 
Campur lagi dengan  wayar printer, wayar speaker.. 
dah bersilat masing-masing kat situ. Bersilat ke berselirat…
Tengok wayar terus tatabahasa jadi haru-biru.

Tapi takpe, always think positif.
Dimana ada jalan di situlah ada mat rempit. Haikk?

Mula-mula kena cari kotak..dan kotak kasut zalora menjadi mangsa.
Maka berplastiklah sahaja kasut saya tu.
 
Kotak tu saya ukur, potong dengan pisau, buat lubang dan gamkan di bahagian tepinya.
 
Kepit dengan klip supaya gam tadi melekat dekat kotak.
 
Untuk memberikan keceriaan pada kotak ni,
 saya balutkan dengan kertas pembalut pokaldot yang menjadi kegemaran saya ketika ini.
 
Dah siap. Macam pernah tengok je kan idea ni..hi.hihi,, 
sila google untuk mendapatkan lebih informasi.
Penutup kotak saya tak balut. Macam ni pun dah ok. Simple je.
 
Saya tanggalkan semua wayar dan komponen-komponen
 yang terlibat, untuk menjayakan misi mengemas wayar. 
 
Saya guna velcro tape yang khas untuk ikat wayar. 
Saya potong jadi 2 bahagian, jimat lagi..haha..tak..sebab tak cukup. 
Kalau ada lebih, apa salahnya simpan. 
Manalah tahu nak guna untuk kemas wayar lain pulak kan.
 
Masukkan wayar dalam kotak yang dah di buat lubang tadi.
Dah lepas satu lubang, saya gulung atau dalam erti kata lain 
simpulkan wayar tu dan ikatkan dengan velcro tape. 
Kalau takde velcro tape ni boleh gunakan dawai pengikat wayar.
Lepas dah ikat kemas-kemas, keluarkan hujung wayar melalui lubang yang satu lagi.
 
Saya letakkan kotak tadi di bahagian belakang, antara monitor dan CPU.
 
Keadaan wayar di belakang meja.
 Wayar yang berjuraian di bahagaian belakang meja 
saya kemaskan lagi dengan mengikat menggunakan velcro tape.
 
Untuk memberi sentuhan yang lebih kemas, 
saya gunakan klip wayar yang ada paku macam ni. 
Saya pakukan kat belakang meja. Tujuan saya gunakan klip ni supaya
 wayar tak jatuh diatas lantai.
 
Extension untuk desktop PC ni pula saya skrukan dekat bawah meja macam ni.
 
Dah kemas wayar di bahagian bawah meja.
 
Keadaan sebelum dan selepas.
Baru rasa tenang nak buat kerja.

uem group : latihan kesiapsiagaan awam menghadapi kecemasan ...

 
latihan CPR secara praktikal dan teori

cara menggunakan stretcher

cara penyusungan

sebanyak 5 orang staf edgenta mediserve penang wakil dri penang GH.
diadakan di pejabat plus N^,
jambatan pulau pinang.

urgent : pembaikan sistem medical air ..

pembaikan kadar segera kerosakan medical air ...

tips edgenta : Tukar Paip Sinki...


Masih rasa kebingungan? Diri rasa resah gelisah? Bibir kering dan merekah? Eeeeee...jangan risau...Hari ini saya nak berkongsi cerita saya menukar paip..Mudah-mudahan dapat menjadi penawar kepada awak yang sedang gundah gulana tu..
(ye..saya tau ayat intro di atas takde kaitan dengan paip..tapi..biaq pi la ..orang Kedah cakap..Ini saya punya cerita bukan awok punye..hehe..jangan mare..)

Ayuh kita mulakan!!

Get ready dengan barang seperti diatas...
Spana boleh laras dengan pita putih atau nama saintifiknya pita PTFE. Hapokobondo PTFE tu...tanyo Omak..kalau tak tau cubo tanyo Uwan, kot tak tau jugak ce tanyo kawan-kawan...kalau tak tau jugak Pakcik Google sedia berkhidmat.
Oh! tidak di lupakan..Pili paip sinki murahan yang terlajak larissss!!
 
 Sidang pembaca yang budiman..rule number 1..sila tutup meter air atau  paip punca air tersebut. Kalau tak tutup alamat banjir umah awak, Jemah..
 
Dah berkarat giler baru nak tukar paip...
Next step tanggalkan dulu besi yang melengkung kat kepala paip tu..(takde dalam gambar)
 Lepas tu tanggalkan kepala paip dengan spana boleh laras. Nak tanggal guna kudrat sendiri pun boleh..asalkan tak mendatangkan kemudharatan pada diri sendiri..
Berhati-hati tau! sebab kalau pusing spana kuat sangat, 50% kebarangkalian paip yang berkarat tu akan patah....nanti sisa dari batang paip tu tertinggal kat dalam sambungan batang paip yang kat luar tu. Bagi dia longgar sikit je, pastu dah boleh pusing guna tangan. 
 
Pili baru yang terlajak kilatzzzzz!
 
Lilit pita putih disekeliling alur kepala paip. 
Lilit dengan penuh kecekalan hati supaya kemas dan ketat. 
Kalau tak buat ketat nanti kena tanggal balik..lagi banyak kerja. 
Kalau rasa macam longgar je masa masukan kepala paip tu, balut lagi dengan pita putih tu. 
Tujuannya untuk elakkan air dari menitis ke luar.
Pasang kepala paip..putar..putar..putar lagi..
 
Pasang pulak besi dia yang melengkung ni...pusing bagi dia ketat sikit.
 
Okey..dah siap..boleh test..jgn lupa buka paip utama yang ditutup tadi..
Kalau takde kebocoran kat kepala paip tadi maknanya and telah berjaya! 
Tahniah di ucapkan!