Tuesday, 17 March 2015

FABER MEDI-SERVE SDN BHD TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM235,294.00

Alor Setar, 8 Disember 2014 – Faber Medi-Serve Sdn Bhd hari ini menunaikan zakat perniagaan bagi tahun 2013 sebanyak RM235,294.00 kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK).

Penyerahan zakat perniagaan tersebut dilakukan oleh Said Saifullizan Salleh selaku Pengurus Wilayah Utara kepada Ustaz Mohammad Suraidi Saad, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Dakwah dan Kutipan JZNK.
Pihak JZNK berbesar hati menerima zakat perniagaan tersebut.
Ini merupakan kali yang ke-3 syarikat Faber ini menunaikan zakat perniagaan di negeri Kedah ini khususnya dan saya bagi pihak JZNK merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka.
Moga-moga dengan pembayaran zakat ini memajukan perniagaan mereka di masa hadapan, InsyaAllah.
Fiber_Media_2

No comments:

Post a Comment