Bila bercakap tentang bil eletrik di Malaysia, ada 3 punca yang boleh menyebabkan bil eletrik rumah kita naik:-
- Kenaikan tariff elektrik yang diminta TNB atas sebab-sebab tertentu dan diluluskan oleh kerajaan
- Pengurangan subsidi oleh kerajaan.
- Pada tahun depan, mulai 1 April 2015, bil eletrik dengan anggaran RM70 sebulan atau lebih akan dikenakan GST dan cukai yang dikenakan ini SELEPAS mengambil kira kenaikkan (jika ada) perkara 1 dan 2 di atas.
Mana lagi kita boleh jimat tenaga elektrik di rumah?
Imej dari Google |
Langkah 1
Nak jimat tenaga, kenal pasti di mana tenaga eletrik banyak digunakan di rumah. Biasanya, ada 2 komponen yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik:-
- Motor - peralatan elektrik yang bermotor e.g. kipas angin, pam pemampat gas pada aircond & peti sejuk, vacuum cleaner, blender, exhaust fan dll.
- Pemanas - peralatan yang mempunyai elemen pemanas e.g. seterika, hot shower, cerek elektrik, oven, hair dryer, hand dryer, lampu jenis filamen atau bulb dll
Langkah 2
Kurangi penggunaannya atau tukar dengan cara lain. Barangan elektrik di rumah adalah untuk memudahkan kerja-kerja rumah. Ada juga untuk menjimatkan masa. Tapi menjimatkan masa tak semestinya menjimatkan wang. Biasanya, kita 'trade off' wang kita dengan penjimatan masa dengan memiliki barang-barang elektrik. Kalau 'trade off' itu tidak lagi berbaloi, yakni kita lebih menilai wang daripada masa, mungkin sudah masanya untuk kembali semula kepada asalnya. Contohnya:-
- Kipas angin - Kalau biasa pada kelajuan 3, gunakan kelajuan 2. Untuk 'compensate' kesan penyamanan yang berkurang, bolehlah memilih untuk:-
- buka beberapa tingkap untuk aliran udara keluar masuk menjadi lebih baik.
- kurangkan pembebasan haba seperti memasang exhaust fan ketika memasak
- memasang bidai untuk meneduhkan dinding yang terkena 'direct sunlight'.
- menyemburkan air sejuk pada dinding yang hangat (tapi awas, kelembapan tinggi akan menyebabkan hawa lebih hangat, oleh itu pastikan aliran udara baik untuk membuang wap air yang telah hangat tadi).
- kerap cuci bilah-bilah kipas. Habuk dan sawang yang melekap pada bilah kipas akan mengurangkan efficiency ia menolak angin.
- Aircond - aircond banyak menggunakan elektrik untuk bahagian kompressor (unit di luar bilik) berbanding bahagian blower (unit di dalam bilik). Memasang aircond dengan lama tak semestinya menggunakan elektrik dengan banyak.
- kurangi suhu sejuk yang disetkan untuk tidur pada waktu malam, biasanya suhu 26-27 darjah sudah memadai, tak perlu disetkan sampai 23-20 sejuknya TETAPI tidur menggunakan selimut! Aircond adalah penyaman udara... bukan lagi penyejuk udara. Kita tak perlukan udara sejuk, kita perlukan udara yang nyaman.
- sejukkan bilik 15 minit lebih awal pada pelarasan suhu yang rendah seperti 20 darjah tetapi setelah itu naikkan suhu kepada 26-27 darjah sebelum lelapkan mata.
- gunakan setting 'sleep' pada remote. Selain daripada fungsi senyapnya, untuk sesetengah jenama aircond, fungsi 'sleep' ini ialah untuk menaikkan suhu secara automatik e.g. 26 darjah untuk 60 minit pertama, 27 darjah untuk 60 minit seterusnya dan 28 darjah untuk seterusnya.
- cuci sawang-sawang yang ada pada filter (unit di dalam bilik) dengan kerap.
- kalau aircond unit itu sudah lama, sudah sampai masanya untuk diservis. Aircond yang tidak diservis akan berkurangan efficiency. Bila kurang efisien, aircond menggunakan tenaga elektrik lebih.
- pasang bidai di dinding luar atau tingkap yang terdedah kepada direct sunlight. Ini untuk mengurangkan haba panas yang tersimpan pada dinding pada waktu malam.
- Peti sejuk - sekarang ini ada banyak peti sejuk yang menjimatkan tenaga, mungkin masanya untuk tukar peti sejuk. Maklumlah, peti sejuk biasanya tahan sehingga 8-10 tahun, jadi sayang untuk ditukar.
- kurangi aksi buka-tutup-buka-tutup peti sejuk. Jika ingin mengambil bahan-bahan masakan, ambil kesemuanya dan tutup semula pintu peti sejuk.
- singkatkan masa ketika membuka pintu peti sejuk.
- gunakan peti sejuk jenis 2 pintu yakni freezer dan cooler kerana kita lebih banyak buka-tutup pintu untuk mengambil / menyimpan barang-barang di cooler daripada di freezer, sedangkan tenaga elektrik lebih banyak digunakan untuk memastikan bahagian sejuk-beku itu sentiasa dibawah paras beku.
- jangan masukkan barang-barang yang massih panas atau suam ke dalam peti sejuk.
- kerapkan mengemas barang-barang di dalam peti sejuk, keluarkan barang-barang yang tidak perlu disejukkan seperti sesetengah rempah ratus atau jem-jem yang sudah lewat tarikh atau kicap atau sos cili dll. Kalau barang-barang itu kerap terlewat tarikh tanpa habis digunakan, sudah sampai masanya untuk memilih pek yang lebih kecil.
- defrost bahagian sejuk-beku dengan lebih kerap untuk menjamin efficiency sejuk beku.
- periksa lubang saluran udara sejuk keluar di bahagian sejuk-beku (untuk sesetengah jenis peti sejuk sahaja), pastikan tiada barang yang menghalang udara sejuk disembur keluar dari lubang ini, pastikan 3-4 ini kelegaan ruang.
- Vacuum Cleaner - kurangkan penggunaannya.
- jika sampah itu besar dan kasar, gunakanlah penyapu sampah.
- jika ia debu, gunakanlah mop basah.
- jika ia habuk halus dan asyik terampai bila di sapu, barulah gunakan vacuum cleaner.
- Sterika - elemen pemanasnya memang menggunakan tenaga haba yang banyak.
- gunakan sterika jenis stim kerana stim dapat menyelinap jauh ke dalam fabrik dan menjimatkan masa dan tenaga untuk menggunakan sterika.
- gunakan sterika yang mempunyai Teflon coated atau Ceramic coated kerana lebih efisien tenaga.
- banyakkan jenis kain yang kurang untuk disterika.
- ketika menjemur kain baju, gunakan penyangkut dan susunlah elok-elok agar mengelakkan kedutan yang banyak. Jika kain baju kurang berkedut, masa untuk sterika pun kurang.
- angkat baju sebelum ia benar-benar kering. Jika menggunakan sterika jenis bukan stim, baju yang masih 'sejuk' (bukannya masih lembab) akan lebih senang disterika.
- Cerek elektrik - kurangkan penggunaannya.
- kerapkan guna cerek menggunakan api gas, gunakan whistling kettle untuk keselamatan.
- gunakan cerek eletrik yang lebih kecil untuk memasak air untuk buat air minuman panas
- gunakan cerek api gas yang besar untuk memasak untuk menyimpan air minuman / air kosong
- gunakan termos untuk menyimpan air panas untuk membuat air minuman panas atau susu anak.
- elakkan menggunakan pemanas air minuman.
- Lampu - gunakan jenis lampu yang jimat tenaga walau pun kos awalnya tinggi.
- tukarkan mentol jenis filamen (bulb) kepada mentol jenis berpendaflour.
- gunakan lampu LED terutamanya untuk lampu malam atau lampu luar yang dipasangkan lebih 6 jam setiap malam.
- cuci habuk dan sawang pada lampu untuk sentiasa terang.
Langkah 3
Gunakan teknologi terkini untuk penjimatkan elektrik, jika ada kemampuan.
Marilah kita cuba sama-sama untuk berjimat.
No comments:
Post a Comment