Wayar berserabut sudah pasti membuatkan hati sesiapa yang melihatnya menjadi tak tenang.
Kalau ada yang tenang jiwanya melihat wayar berserabut tu,
kotlah tengok terus dapat ilham mencurah-curah, saya respek la kat korang beb!
Ada masa terluang minggu lepas,
saya manafaatkan untuk mengemas wayar.
Oh..sebenarnya saya bukanlah pencetus idea
untuk mengemas wayar seperti apa yang akan saya dedahkan sekejap lagi..
saya mendapat inspirasi daripada blogger yang turut menjadi sumber inspirasi saya.
Google sahaja..baaanyyaakk dah mereka buat, saya cuma follow jer.
Tapi ada lah sedikit sebanyak perubahan yang saya buat mengikut kesesuaian.
Jemput tengok wayar serabut saya. J
Amacam..sakit hati tak tengok?..he..he
Memang pening kalau ada desktop computer ni. Banyak sangat sambungannya.
Campur lagi dengan wayar printer, wayar speaker..
dah bersilat masing-masing kat situ. Bersilat ke berselirat…
Tengok wayar terus tatabahasa jadi haru-biru.
Tapi takpe, always think positif.
Dimana ada jalan di situlah ada mat rempit. Haikk?
Mula-mula kena cari kotak..dan kotak kasut zalora menjadi mangsa.
Maka berplastiklah sahaja kasut saya tu.
Kotak tu saya ukur, potong dengan pisau, buat lubang dan gamkan di bahagian tepinya.
Kepit dengan klip supaya gam tadi melekat dekat kotak.
Untuk memberikan keceriaan pada kotak ni,
saya balutkan dengan kertas pembalut pokaldot yang menjadi kegemaran saya ketika ini.
Dah siap. Macam pernah tengok je kan idea ni..hi.hihi,,
sila google untuk mendapatkan lebih informasi.
Penutup kotak saya tak balut. Macam ni pun dah ok. Simple je.
Saya tanggalkan semua wayar dan komponen-komponen
yang terlibat, untuk menjayakan misi mengemas wayar.
Saya guna velcro tape yang khas untuk ikat wayar.
Saya potong jadi 2 bahagian, jimat lagi..haha..tak..sebab tak cukup.
Kalau ada lebih, apa salahnya simpan.
Manalah tahu nak guna untuk kemas wayar lain pulak kan.
Masukkan wayar dalam kotak yang dah di buat lubang tadi.
Dah lepas satu lubang, saya gulung atau dalam erti kata lain
simpulkan wayar tu dan ikatkan dengan velcro tape.
Kalau takde velcro tape ni boleh gunakan dawai pengikat wayar.
Lepas dah ikat kemas-kemas, keluarkan hujung wayar melalui lubang yang satu lagi.
Saya letakkan kotak tadi di bahagian belakang, antara monitor dan CPU.
Keadaan wayar di belakang meja.
Wayar yang berjuraian di bahagaian belakang meja
saya kemaskan lagi dengan mengikat menggunakan velcro tape.
Untuk memberi sentuhan yang lebih kemas,
saya gunakan klip wayar yang ada paku macam ni.
Saya pakukan kat belakang meja. Tujuan saya gunakan klip ni supaya
wayar tak jatuh diatas lantai.
Extension untuk desktop PC ni pula saya skrukan dekat bawah meja macam ni.
Dah kemas wayar di bahagian bawah meja.
Keadaan sebelum dan selepas.
Baru rasa tenang nak buat kerja.