UJIAN 1 - Untuk Memastikan Meter Berfungsi atau Tidak
Proses :| Catat bacaan meter. | |
| Buka pili dapur (bekalan terus) dan biarkan air mengalir. | |
| Perhatikan kaunter meter air samada bergerak atau tidak. |
Kaunter air bergerak (meningkat), menandakan meter berfungsi.
UJIAN 2 - Untuk Memastikan Kebocoran Pada Paip Perkhidmatan.
Proses :| Lakukan ujian 1 bagi memastikan meter berfungsi. Jika tidak, lakukan ujian 3 | |
| Tutup pili dapur dan pastikan semua pili dan lain punca bekalan air terus ditutup rapi. | |
| Pastikan tiada pengaliran air ke dalam tangki simpanan. | |
| Catatkan bacaan meter. | |
| Tunggu sehingga 10 minit serta perhatikan pergerakan bacaan meter. |
Bacaan meningkat, menandakan terdapat kebocoran pada paip perkhidmatan sebelum tangki simpanan.
UJIAN 3 - Menentukan Kebocoran Di bawah tanah Pada Paip Perkhidmatan.
Proses :| Sambungkan hos getah pada pili dapur atau pili air terus. | |
| Gunakan sebiji gelas dan buka pili tersebut sehingga air di dalam getah. | |
| Pastikan hos getah ditenggelami air di dalam gelas. | |
| Tutup injap sesakat sebelum meter air dan pastikan tidak ada air melaluinya. | |
| Tutup sehingga 10 - 15 minit. Perhatikan paras air dalam gelas, samada menurun atau tidak. |
Paras air dalam gelas akan menurun jika terdapat kebocoran pada paip perkhidmatan di bawah tanah.
UJIAN 4 - Menentukan kebocoran pada paip agihan selepas tangki simpanan.
Proses :| Perhatikan kesan-kesan basah di lantai/dinding pada laluan paip. | |
| Pastikan semua punca-punca air dari tangki simpanan ditutup dan tidak digunakan semasa ujian sedang dijalankan. | |
| Tutup injap sesekat pada aliran masuk dan pastikan tiada air yang melaluinya. | |
| Tandakan paras air dalam tangki simpanan. | |
Nota :
| |
| Pastikan tiada penggunaan air yang berpunca dari tangki simpanan. | |
| Tunggu selama 1 - 2 jam dan pastikan paras air dalam tangki semula samada paras air menurun atau tidak. |
Jika paras air berada di bawah paras asal, ini menandakan terdapat kebocoran pada paip agihan selepas tangki simpanan.
No comments:
Post a Comment