Tuesday, 2 February 2016

Tip-Tip Penjimatan Air

  

 

Ditulis oleh Razhan bin Hassan   
               
  • TANDAS1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.
    2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
    3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
  • BILIK MANDI
    4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
    5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.  Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
    6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
  • SINKI
    7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.  Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
    8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan  air.
  • TAMAN9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
    10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
    11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
    12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
    13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

No comments:

Post a Comment